Kabong Daerah Kabong , Bahagian Betong , Sarawak . Pekan Kabong mempunyai lokasi yang strategik dan berpotensi mempunyai prospek menjadi sebuah pusat perdagangan yang berperanan sebagai pusat agihan kepada kawasan sekitarnya, kerana pekan ini terletak di Kuala Batang Krian dan boleh menjadi pelabuhan persinggahan utama. Keluasan Daerah Kecil Kabong adalah 398.14 kilometer persegi. [1] Jaraknya dari Saratok ialah 63 km sementara dari Sarikei 85 km. Kawasan ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Pengangkutan utama penduduk persekitarannya adalah menggunakan bas, van persendirian atau kereta persendirian. Daerah Kecil Kabong pada keseluruhannya mempunyai rumah panjang ( Iban ) sebanyak 26 buah dan kampung Melayu 27 buah. Jumlah penduduknya seramai 13,494 orang pada 2004, di mana 80% daripadanya adalah orang Melayu dan 17% pula orang Iban. [2] Penduduk di sini menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan ekonomi utama mereka selain menjadi nelayan serta berniag
Posts
Showing posts from 2017